Skip to main content

Latihan Kader Duat (LKD) 14

sebelum saya mulakan pengalaman saya sewaktu di LKD, saya ingin berkongsi ;

LKD 14

apa itu LKD ?

LKD merupakan satu platform yang mengumpulkan pelajar lepasan SPM rangkaian sekolah-sekolah menengah MUSLEH untuk membantu menggerakkan dakwah di tempat masing-masing dengan kefahaman yang jelas dan benar mengenai Islam. Lepasan LKD juga perlu keep in touch terhadap sahabat-sahabat lepasan MUSLEH dengan memastikan mereka juga tetap berjalan di atas jalan dakwah yang benar.

saya akan mulakan kisah saya ketika berada di LKD 14 :

all is my friend


HARI PERTAMA (12/5)

Pada hari pertama, saya ada perasaan ragu-ragu ๐Ÿ˜ฌ untuk pergi LKD di Kingfisher, Hulu Langat kerana mendengar khabar angin dari  pengalaman senior tahun lepas, iaitu MEMBOSANKAN ๐Ÿ˜Ÿ. Perkataan itu menghantui saya ketika ingin mendaftar sebagai peserta LKD, tetapi saya pujuk otak saya dengan perkataan lain, iaitu DAKWAH ๐Ÿ˜. Satu perkataan yang cukup berat sebagai seorang Muslim kerana kita ada negative thingking terhadap perkataan itu, contohnya - orang panggil kita "acah alim" , "kau tak layak la" , "kau pun sama buat dosa, ni nak ajak aku bertaubat" dan banyak lagi. Sehingga korang rasa give up dengan dakwah. Korang kenal Andika Putera, Entrepreneur yang berjaya tu, ada satu kata-kata yang membuatkan saya tersentuh iaitu " PERGI MAMPUS DENGAN MULUT ORANG ". Kata-kata ni membuatkan saya sedar tujuan hidup kita apa. Korang tahu tujuan kita hidup di atas muka bumi ni ?. Soalan ni mesti cliche bila dengar, saya 100% percaya yang korang boleh jawab ๐Ÿ˜† tulis jawapan anda di ruangan comment dengan jujur. Sekiranya tak tahu, tulis sahaja " tidak tahu " . OKAY, kita teruskan cerita tadi, sorry banyak pulak saya bebel. Setelah mendaftar sebagai peserta LKD, saya dan Hurul (kawan sekolah) check-in bilik penginapan yang ditempah khas ๐Ÿคฉ untuk peserta LKD. Saya tidak sangka bahawa bilik penginapan kami ialah dorm. Waktu melangkah masuk ke dalam dorm, rasa hangat menyelimuti badan ๐Ÿ”ฅ . Kami meletakkan beg dan bagasi ๐Ÿงณ di atas katil bahagian ketiga dari depan. Saya melabuhkan punggung ke atas katil yang bercorak my little pony ๐Ÿ’– untuk melihat telefon yang penuh dengan notifikasi. Selepas menunggu kedatangan sahabat yang lain, saya mula berkenalan dengan beberapa orang di sana. Program akan bermula lepas zohor, aktivitinya ialah briefing about LKD dan berkenalan dengan fasi melalui game ๐ŸŽฎ. Akak fasi yang sporting membuatkan kurang rasa segan dan malu untuk tanya sekiranya ada sebarang masalah. Aktiviti yang seterusnya ialah menetapkan ahli kumpulan berdasarkan nama makanan dan berkenalan dengan mereka. Ahli kumpulan yang kecoh membuatkan saya rasa sedikit terpinggir sebab saya kurang ngam dengan diorang. Asma' Razak, Asma', Auni, Amani, Ardini, Aliyya dan saya, menjadi ahli kumpulan bagi Kek Batik Indulgence (nama kumpulan).  Selepas melalui program-program yang dilalui dalam sehari, mindset saya tiba-tiba bertukar dengan sendirinya. Cuba teka apa mindset yang saya letakkan dalam otak saya ?. 

HARI KEDUA (13/5)

Hari yang penuh dengan senyuman ๐Ÿ˜ kerana dari pagi hingga petang penuh dengan permainan yang menyeronokkan dan penuh dengan pengajaran. Antara permainan yang kami main ialah tangkap belon ๐ŸŽˆ air menggunakan kain batik, tiup pingpong dari gelas ke gelas yang berisi air, tiup tisu (paling sukar), membuat roda plastik yang panjang (kedua sukar), si buta & bola ⚽, hafazan dalam air sungai (paling syok). Korang nak saya share exprience yang mana ? saya akan share di blog seterusnya .

HARI KETIGA HINGGA HARI KETUJUH (14/5)-(18/5)

Hari yang penuh dengan pengisian yang mantap dari penceramah yang sempoi. Pengisian yang sangat berguna ketika kita semua berada di IPT nanti. Ada satu hari, kami mengaplikasikan apa yang kami belajar sepanjang pengisian iaitu Usul 20 melalui sebuah filem yang menarik ? cer teka cerita apa ? alah takkan tak tahu cerita tu. OK, saya bagitahu cerita apa. Cerita Polis Evo 2 ๐’‚‡. Waktu ni semua khusyuk tengok cerita tu, yalah cerita lawan2 mesti semua orang suka๐Ÿ˜€. Sepanjang program ini berlansung di Kingfisher, Hulu Langat, kami makan dalam dulang seramai 5 orang. Kita kena tunggu cukup 5 orang baru boleh mula menjamah makanan. Makan sambil melihat permandangan yang indah di seberang sungai. Pada hari ketujuh, kami diberi ruang dan peluang untuk packing barang untuk ke Medan, Indonesia. Ada beberapa kumpulan perlu bergotong-royong di luar dorm juga. Pada malam Jumaat, kami perlu meletakkan barang yang perlu dibawa di dewan utama manakala barang yang lain perlu ditinggalkan di dewan lagi satu. Malam yang penuh lelah serta mengantuk. Kami bergerak dari Kingfisher ke KLIA pada pukul 11.30 malam menggunakan bas ๐ŸšŒ. Apabila ketiga-tiga bas sudah tiba, tibanya masa untuk kami masukkan barang ke dalam perut bas (bawah bas). Kami menaiki bas mengikut nombor kumpulan yang ditetapkan, kumpulan saya nombor 3, jadi saya masuk ke dalam bas nombor 2. Setiap bas ada lelaki (ikhwah) dan perempuan (akhawat). Saya duduk bersebelahan dengan kawan saya iaitu Sumayyah. Kesemuanya tidur dengan nyenyak sekali ๐Ÿ˜ด. Pada waktu itu, saya memakai hoodie berwarna merah kerana kesejukan ........


.................................................................BERSAMBUNG.........................................................................

sesiapa yang ingin membaca apa yang berlaku seterusnya, sila komen Part 2 ramai-ramai, kerana apa yang berlaku selepas ini akan membuatkan anda terpukau ๐Ÿ˜ณdengan aktiviti di sana.

Jumpa lagi, bye ๐Ÿ˜









Comments

Post a Comment